Free shipping for order above RM100 (West Malaysia) RM200 (East Malaysia)
Free shipping for orders over RM100.00 for West Malaysia Order
Let's get the coupon for your first purchase today!
MyCRS 2023 Subsidy

SOALAN LAZIM (FAQ) 1. Apakah itu insentif MyCRS 2023?

Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40. Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

2. Siapakah yang layak untuk menerima insentif MyCRS 2023?

  1. a)  Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40

  2. b)  Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun

  3. c)  Warganegara yang menetap di Malaysia

3. Bagaimanakah untuk menyemak kelayakan bagi insentif MyCRS 2023?

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023

4. Bagaimanakah saya boleh memohon insentif MyCRS 2023?

Bagi individu yang pernah membuat permohonan MyCRS 2022, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023. Mereka boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS www.mycrs.gov.my.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 14 Julai 2023.

5. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menebus insentif MyCRS 2023?

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

  1. a)  Salinan MyKad pemohon; DAN

  2. b)  MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU

  3. c)  Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

6. Di manakah saya boleh menebus insentif MyCRS 2023?

Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

7. Berapakah jumlah insentif yang layak saya tebus?

Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150. CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

8. Adakah saya akan dapat CRS secara percuma?

Ya, sekiranya anda memilih CRS yang berharga kurang daripada RM150.

9. Berapakah jumlah bilangan CRS yang boleh saya beli di bawah program insentif ini?

Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

10. Berapa lamakah tempoh sah insentif CRS?
Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan

RM12 juta habis ditebus.

11. Saya dijangkakan akan melahirkan anak pada tahun 2023, adakah saya boleh memohon insentif melalui sistem ini?

Anda boleh memohon insentif MyCRS 2023 bermula 1 Julai 2023 sehingga 14 Julai 2023 di laman sesawang www.mycrs.gov.my. Semakan kelayakan adalah bermula pada 1 Ogos 2023. Sila kemukakan buku rekod kesihatan ibu mengandung atau Buku Pink ketika membuat penebusan insentif.